Spring in South Korea (Part 2)

Spring in South Korea (Part 2)

Assalamualaikum..

Hari ni baru ada semangat mau sambung cerita di korea selatan pada 30/04/18 hingga 08/05/18 lalu..

DAY 3 02/05/2018 JEJU DO

Jam 7 pagi kami sudah bertolak ke Seongsan  Ilchulbong atau dikenali sebagai sunrise peak.boleh baca info di sini http://english.visitkorea.or.kr/enu/ATR/SI_EN_3_1_1_1.jsp?cid=264207 .memang plan dari semalam mau gerak awal hari ni sebab banyak tempat mau pigi.lagi pun hari ni last day kami dapat round jeju.sedih juga sebenarnya sebab x lama di sini.sy sarankan kalau datang di jeju dalam 5 hari 4 malam baru cukup.sangat banyak tempat pelancongan di sini.dan kalau kamurang banyak masa boleh buat aktiviti mendaki gunung hallasan.

Perjalanan ke seongsan ilchulbong memakan masa dalam 1 jam iaitu lebih kurang 40km juga dari guesthouse.dalam jam 8 pagi baru kami sampai.tiket masuk ke sini 2000 won.cuaca tidak menyebelahi kami sebab kabus sangat tebal masa ni.Kami memulakan pendakian pada jam 8.15 pagi.kebetulan memang ramai orang time ni .apa yang bestnya trail di sini sudah dibuat tangga2.jadi pendakian tidak sesukar mana.cuma perlukan stamina untuk mendaki tangga.sampai di puncak pada jam 8.50 pagi.dalam 35 minit juga  naik ke atas.Agak mengecewakan juga cuaca yang berkabus.langsung x nampak view.next time sebelum ke sini kena  cek ramalan kaji cuaca dulu.untuk pengetahuan kamurang, trail untuk naik dan turun adalah berlainan.kalau cuaca cantik kita boleh nampak view laut sepanjang trail.

sampai depan Seongsan Ilhulbong
mula-mula tu belum ramai orang
Dol Hareubang atau old grandfather simbol kepada Pulau Jeju
mula mendaki tangga
excited
inilah puncak seongsan ilchulbong.tiada view so bergambar sini ja

Selain aktiviti mendaki ke puncak seongsan ilchulbong,terdapat juga pertunjukkan dari penyelam wanita (Haenyeo) yang mengutip hidupan laut.Uniknya,dorang menyelam tanpa menggunakan oksigen tank.hebat kan.kami x berkesempatan tengok pertunjukkan dorang ni sebab masa pertunjukkan pada jam 1pm dan 3 pm ja.so kami hanya ambik gambar dari jauh.actually kalau cuaca baik tempat ni sangat2 cantik.tapi disebabkan kabus tebal, ini saja gambar sy mampu ambik.kesimpulannya di sini,sy kena datang balik next time.hehe

trail turun
meriahnya di belakang
wajib bergambar sini
seongsan ilchulbong
acah-acah candid
pertunjukkan penyelam wanita di bawah tu
berkabus pun tetap cantik
entah apa nama bunga ni
posing sikit
posing lagi
jus oren jeju
banyak souvenir dol hareubang

Lepas siap round seongsan ilchulbong,kami bergerak mau pigi Seopjikoji.semasa dalam perjalanan,kami terjumpa beberapa ladang bunga canola.kami pun singgah la sekejap untuk ambik gambar.di sini bayaran masuk 1000 won ja.rupa-rupanya ini lah tempat 2 days 1 night buat penggambaran dalam episode sama Han hyo joo.so ambik la kenangan dengan banner dorang tu.hehe.ladang ni di tepi jalan ja.kalau alamat atau no telefon tu sy pun xsure..

2 days 1 night yang meracun sy datang korea.hehe
heart heart
limau hiasan ja tu
cantik kan
xtau mau posing macam mana lagi
bunga canola dan seongsan ilchulbong

Kami pun bergerak ke seopjikoji.baca ni untuk info tentang seopjikoji http://english.visitkorea.or.kr/enu/ATR/SI_EN_3_1_1_1.jsp?cid=264208 .macam biasa tempat ni pun ramai orang.tiada bayaran masuk di sini.cuma kalau bawa kereta kena bayar parking.untuk kereta jenis sedan bayaran parking 1000 won ja.kami pun berjalan sambil menikmati view di sini.batu di tepi pantai ni semuanya berwarna hitam yang terbentuk secara semulajadi.ini terhasil daripada lava gunung berapi.oleh kerana kami ke sini sudah pertengahan spring,bunga canola yang sepatutnya ada di sekitar sini memang tiada sudah.di sini juga terdapat cozy house tapi kami limpas ja dan terus berjalan ke arah lighthouse.kena naik tangga untuk sampai ke lighthouse ni.

cozy house
batu hitam
seopjikoji lighthouse
mendaki tangga
view dari belakang
view dari belakang
view dari atas lighthouse

Memang cantik view dari atas.dari sini juga boleh nampak seongsan ilchulbong.Di sekitar sini juga terdapat Seopjikoji glass house di mana bangunan ini direka oleh arkitek jepun yang terkenal iaitu Tadao Ando.di tingkat bawah terdapat Zippo museum dan Mint restaurant terletak di tingkat 2.kami xmasuk ke sini.hanya tengok dari luar ja.dari blog2 lain ada bagitau yang restoran tu ada menyediakan pork dan harga pun boleh tahan juga.hehe

nampak seongsan ilchulbong
view dari lighthouse
seopjikoji glass house
reka bentuk yang unik

Lepas tu ,kami mula bergerak untuk ke Jusangjeolli cliff.dengan yakinnya sy kasi masuk no telefon tempat tu dalam gps.perjalanan dalam 1 jam.on the way tu jumpa jalan yang berkabus tebal dan hujan kuat.kereta semua pasang emergency light.kami pun meredah ja la.tapi yang peliknya kami sampai di bandar jeju.sedangkan jusangjeolli cliff tu sekitar seogwipo ja.rupa-rupanya kami silap kasi masuk no telefon.huhuhu.maka kami pun meredah balik jalan yang berkabus tebal tu dan cancel plan untuk ke jusangjeolli cliff.memandangkan hujan,kami plan mau balik terus ke guesthouse.sampai di guesthouse dalam jam 5 petang tapi cuaca cerah pula tiada hujan pun.so kami decide untuk tukar plan kami ke jeongbang fall dan cheonjiyeon fall.kedua-dua air terjun ni memang xjauh dari guesthouse.Jeongbang falls ni tutup jam 6.30 ptg.di sini x berapa ramai orang mungkin sebab mau tutup sudah.bayaran masuk 2000 won ja.untuk pengetahuan kamurang,jeongbang falls ni antara top 3 air terjun di pulau jeju dan merupakan satu-satunya air terjun di Asia yang jatuh terus ke laut.di sekitar ni ada ahjumma yang jual sotong.kami x try pun.cuma tengok2 ja.

Jeongbang falls
syukur xramai orang.hehe
air terjun ni terus ke laut
cantik kan
cari angle dulu
ok ngam teda orang.hehe
posing lagi
cewahh
ahjumma jual sotong

Memandangkan jam sudah menunjukkan 6 petang,destinasi terakhir kami ialah cheonjiyeon falls.di sini boleh nampak saeyeongyo bridge iaitu jambatan yang menghubungkan seogwipo dengan Birds island.jambatan ni sejauh 1.2km dan untuk pejalan kaki ja.kereta xboleh lalu.memandangkan kaki sudah lenguh time ni,kami xsinggah pun.so kami ke cheonjiyeon falls ja.maksud cheonjiyeon ni ‘sky connected with land’.kalau kena time cherry blossom berkembang tempat ni sangat cantik.terdapat kedai jual souvenir dan kedai makan.tempat ni buka sampai jam 10 malam dan bayaran masuk 2000 won.di sini sy xambik banyak gambar sebab hari pun makin gelap.badan pun makin penat.huhu

Cheonjiyeon falls
jambatan tamparuli.eh…
gambar belakang ja sebab muka penat sudah

Jam sudah menunjukkan 7 petang dan hari pun makin gelap.so kami pun balik ke guesthouse.singgah juga di GS25 beli nasi dan makanan untuk dinner.malam ni kami tidur awal sebab esoknya kena hantar kereta sewa sebelum jam 9 pagi dan flight ke seoul pada jam 10.45 pagi esok..

Akan bersambung part 3..