Spring in South Korea (Part 3)

Spring in South Korea (Part 3)

Hello gais.. Hari ni baru ada kesempatan sambung balik cerita di Korea Selatan..

DAY 4 03/05/2018

Hari ni macam kemarin juga. Seawal jam 7am kami sudah checkout dari guesthouse untuk ke Jeju airport. Perjalanan memakan masa 1 jam lebih. Kami gerak awal untuk hantar semula kereta sewa. Sampai di Tasio rent car, pekerja dorang cek meter minyak. Memandangkan bacaan meter minyak kurang, kami kena bayar 5,000 won.sempat juga ambik gambar sama kereta sewa kami untuk kenangan. Kami meneruskan perjalanan dari Tasio rent car ke airport dengan shuttle bas yang disediakan. Sampai di airport lebih kurang jam 9 pagi. Ini pertama kali sy naik flight Jejuair. Memandangkan ini flight domestic, so urusan mudah saja. Yang bestnya tiket flight jejuair ni termasuk baggage 15kg(tapi bag 1 saja. X boleh lebih) dan bag handcarry 10kg.Penerbangan dari Jeju ke Gimpo airport memakan masa 1 jam.

kaunter Jeju Air di Jeju International Airport
Entah apa maksud ni.hehe
Jeju Air
Jeju island dari Jeju Air

Sampai di Gimpo, kami berjalan kaki ke metro station untuk ke Myeongdong. Di 7 eleven metro station ada jual simkad ktm mobile dengan harga 34,000 won. Untuk kasi aktif ialah secara online.so kami terus naik subway ke myeongdong untuk ke guesthouse.sebelum tu jangan lupa download apps korean metro subway dan korea tour untuk memudahkan perjalanan anda.sampai di myeongdong station,hujan lebat dan angin kuat pula.sejuk nya sampai ke tulang.suhu di seoul dengan di pulau jeju tidak sama.di jeju ada panas sedikit manakala di seoul pula sejuk macam di gunung kinabalu kecuali waktu tengahari agak panas juga.so memandangkan sy tidak tahan sejuk,kami naik teksi untuk ke guesthouse.meter teksi bermula dengan 2800 won.dari myeongdong station ke guesthouse dalam 4400 won.

Sampai di 24 guesthouse,kami disambut dengan sumandak korea yang lawa dan peramah.pandai juga dia cakap ‘terima kasih’.bahasa inggeris macam biasa la cakap main point sahaja tapi masih boleh difahami.so dia pun menerangkan peraturan-peraturan di guesthouse tu.agak banyak juga peraturan di sini.tidak macam guesthouse kami di jeju.katil yang kami booking ialah jenis double decker dan agak sempit juga.kalau mau bersiap terpaksa berganti-ganti.kalau tidak memang boleh berlanggar badan sesama sendiri.bilik mandi juga kecil sahaja.kalau mandi stail macam bersilat memang sandi juga.sy balik2 tersiku dinding.hehe.lepas selesai semua penerangan dari owner,kami pun berehat sementara menunggu hujan reda.sy ambil kesempatan untuk register simkad sy memandangkan wifi di guesthouse ni sangat laju.

24 Gueathouse
Breakfast disediakan di sini
Tempat ambil air dan buat kopi
24 Guesthouse
Bilik kami yang comel.kiri tu bilik air

Dalam jam 4pm begitu,kami pun keluar ke myeongdong market untuk jalan2 cuci mata.syukurlah hujan sudah reda.tapi angin masih sejuk.niat mau cari2 extra jaket tapi agak mahal juga harga di sini.so sy batalkan niat dan beli street food saja.Dalam jam 6 lebih cuaca masih terang lagi so kami terus ke Namsan Tower.

Acah-acah melintas jalan raya macam dalam kdrama.hehe
suasana petang di myeongdong
Myeongdong market
Ramai yang makan ni.sy x try pula.kenyang.hehe
Ini sedap makan time panas
Banyak blogger suggest makan ni

Dari myeongdong ke station cable car dalam setengah jam juga jalan kaki.dan perjalanan bukannya jalan rata.sekejap2 kami berhenti ambil nafas.di sini kami ada lalu namsan guesthouse.nasib x tinggal di guesthouse ni.kalau tidak kena naik turun bukit.hehe.harga cable car station ke namsan tower return 8,500 won.boleh juga jalan kaki tapi kena mendaki lagi.disebabkan kami kurang stamina so kami ambil keputusan untuk naik cable car sahaja.sampai  di atas ngam2 sunset.sangat cantik pemandangan di kota Seoul ni.

harga tiket return 8500 won
Tunggu turn naik cable car
Dalam cable car
Senja di Seoul..
Namsan Tower
Namsan Tower

Balik ke guesthouse

Di Namsan tower ni kami hanya cuci mata dan ambil gambar.ada restoran dan cafe tapi harga pun boleh tahan juga.memandangkan hari sudah gelap,gambar yang diambil sedikit sahaja.kalau mau ambil gambar banyak kena datang sini waktu siang.selesai round di sini,kami pun turun semula ke bawah dengan cable car dan berjalan kaki semula ke myeongdong market untuk sambung shopping dan cuci mata.nampaknya semakin meriah di sini pada waktu malam.sangat sesak dengan pelancong.dalam jam 10 malam,kami pun balik semula ke 24 guesthouse.selesai mandi,kami pun masing2 melelapkan mata untuk bersedia ke destinasi pada hari esok..

 

Spring in South Korea (Part 1)

Spring in South Korea (Part 1)

Assalamualaikum …

Entri kali ini sy mau menceritakan pengalaman sy semasa berada di Pulau Jeju , Busan dan Seoul selama 8 hari 7 malam iaitu dari 30/04/18 sehingga 08/05/18.Ini merupakan kali pertama sy ke luar negara dan negara Korea Selatan merupakan destinasi pilihan sy bersama kawan  sy iaitu cik Rachel.kami berdua memilih untul self travel memandangkan ramai blogger yang mencadangkannya.Sebenarnya plan untuk ke korea ini sudah lama tapi disebabkan bajet dan cuti,sy tangguhkan niat untuk ke korea.Tapi ,selepas menonton rancangan 2 days 1 night di mana mereka telah membuat penggambaran di Pulau Jeju bersama pelakon kegemaran sy Han Hyo Joo,terus makin bersemangat mau pigi sana dan pulau jeju dimasukkan ke dalam itinerary kami.

DAY 1 29 & 30/05/2018 JEJU DO

Flight kami dari kk ke jeju jam 9.40 malam . So, masa siang tu lepas ja packing barang , kami terus cek in flight.rupanya masa check in tu baru nampak yang flight kami delay jam 10.10 malam.tiada kena inform melalui mesej atau email pun.hukhuk..Lepas tu kami siap2 beli tiket masuk untuk ke Everland dari apps KLOOK sebab kalau beli online dapat harga lagi murah.tiket everland ni kami beli untuk 6/5/18 dengan harga RM 138.Kalau walk in pula tiket dewasa dalam 54,000 won (lebih kurang rm190).time ni juga kami beli Korail Pass KTX (1 day) dari seoul-busan-seoul untuk 4/5/18 dengan harga RM 249 dan kami ambik pakej tour untuk ke Nami Island & Petite France untuk 5/5/18 dengan harga RM142.harga pakej tour ni termasuk tiket masuk ke nami island & petite france , transport dan tour guide.Kami pilih pakej tour sebab hari sebelum tu kami ke busan.so xtau lagi balik seoul jam berapa.untuk lagi selamat kami ambik pakej ni sebab tour ni ada sediakan bas.so kalau penat x cukup tidur boleh lah tidur dalam bas.hehe..

lepas siap semua , dalam jam 7.30 malam kami gerak dari rumah ke kkia naik grab.selesai urusan semua jam 9 malam.flight kami ni transit ke kl dulu.sampai ja di Klia dalam jam 12.30am, kami check in di Aerotel (Airport Transit Hotel) sebab flight ke jeju pada jam 6.50 pagi. Memang agak mahal sebab harga untuk 3 hour stay+meal RM 217.44 tapi tempat ni memang selesa dan lokasi strategik.sebelum check in tu sempat juga menapau burger king.

Bilik kami di Aerotel

Jam 3.30 pagi kami checkout sudah.time ni rasa mengantuk tahap gaban.time ni memang tiada fikir mau makan sebab fikir pasal flight ja.baru jam 3.30 pagi meriah sudah d klia ni.patut lah kalau international flight kena ada 3 jam awal.lepas selesai urusan semua baru rasa lapar.sempat juga makan dunkin donut sama hot chocolate.makan ringan2 ja sebab dalam flight ke jeju nanti ada makanan.

Sampai saja di Jeju international airport,excited la kami berdua.haha.time ni mencari simkad tapi xjumpa disebabkan komunikasi yang x berkesan.ada juga perkhidmatan sewa wifi portable tapi perlu kad kredit.maka berhuhu la kami.actually ada juga public wifi di jeju ni tapi x semua tempat dapat.Lepas tu kami singgah di GS25 untuk beli T-Money.harga T-money ni 3500 won dan boleh top up terus.kami top up 10000 won sahaja sebab di jeju ni kami sewa kereta.sempat juga merasa susu pisang.memang sedap!

GS25 di jeju airport
T-money harga 3500 won & kena top up
Bas no 181
Gate no 2.di skrin tu ada tunjukkan bas no berapa dan destinasi

Masa di GS25 ni kami terjumpa orang Labuan, sama juga dorang pun berdua.rupanya dorang pun stay di guesthouse yang sama dengan kami.hehe.so kami pun pakat lah naik bas no 181 pigi di Minjoonggak Guesthouse , Seogwipo.Actually kalau baca review dari blogger2 sebelum ni ramai yang sarankan untuk stay di seogwipo iaitu bandar kedua terbesar selepas jeju city sebab seogwipo kurang sibuk berbanding jeju city.jeju city ni terletak di utara manakala seogwipo di selatan.

Dari jeju airport keluar dari gate 2 naik bas no 181.lepas tu turun di Jungang rotary.sampai di jungang rotary ,kami bingung xtau mau jalan arah mana.public wifi pun sangat slow.so kami tanya jalan dengan seorang ahjussi ni.memang di sini rata-rata org korea xpandai cakap english.walaubagaimanapun ahjussi ni dengan gigihnya bawa kami sampai ke pintu depan minjoonggak guesthouse.huhu.terharu juga la dengan kebaikkan ahjussi ni.dari jungang rotary memang xjauh ke minjoonggak guestthouse.dalam 5 minit jalan..

Jalan ke arah guesthouse

Sampai di guesthouse

sampai sini dalam jam 3.30 pm.owner pula tiada di kaunter.dengan kepala yang pening2 menunggu la kami dalam 20 minit baru owner muncul sambil tunduk2 cakap ‘joe-song-ham-ni-da’ yang maksudnya minta maaf.memang dalam review sebelum ni pernah terbaca yang owner selalu tiada di kaunter.betullah tu.hehe.Lepas tu kami check in di bilik no 301 di tingkat 3.untuk pengetahuan anda guesthouse ni tiada lif disediakan.walaupun ini penginapan bajet tapi agak selesa juga.tuala,peti sejuk,hairdryer dan aircond disediakan dalam bilik.kalau mau iron boleh request.di tingkat atas pula ada sediakan microwave,mesin basuh,komputer dengan shoe dryer.air minum pula disediakan di lobby.boleh lah refill air.kira selesa dan harga pun murah.kami tempah dari apps traveloka untuk 4 hari 3 malam.

Memandangkan sy masih pening2,kami berjalan sekitar guesthouse ja.dalam plan mencari Olle night market tapi xjumpa pula.so kami pigi GS25 ja beli makanan.malam tu kami berehat ja dalam bilik.

DAY 2 01/05/2018 JEJU DO

Pagi ni dalam plan bangun awal.tapi terlajak jam 8 baru bangun.di sini awal betul sunrise.jam 5 lebih cerah sudah.lepas ja breakfast kami pun bergegas pigi di pejabat Tasio rent-a-car untuk ambik kereta sewa di bandar jeju.dari jungang rotary naik bas ke halla general hospital.sampai di sana sesat2 lagi cari jalan.sampai di ofis kereta sewa pun jam 11 pagi sudah.actually ada option lain untuk ke ofis kereta sewa ni.boleh ja pigi jeju international airport lepas tu dari sana ada shuttle bas disediakan untuk ke ofis kereta sewa.company kereta sewa ni banyak dan terletak di belakang airport ja sebenarnya.kami pilih company tasio-rent-a-car sebab dorang terima cash korea won.manakala company lain rata2 mau kredit kad.kalau debit kad xpasti pula.ada info dari blogger lain yang debit tidak diterima di sini.tapi boleh ja try tanya.Masa di kaunter tu,dorang minta lesen memandu antarabangsa.yang ini wajib ada.kalau tiada dorang xbagi kita sewa kereta.harga kereta 84,000won untuk 2 hari (1/5/18@9am-3/5/18@9am) .Lepas ja setel urusan pembayaran,kami pun dapat la kereta kia morning seperti yang kami request.kecik ja ni kereta macam viva.sesuai lah untuk kami.hehe.lepas cek kereta semua,baru perasan gps yang disediakan dalam bahasa korea!dalam email dorang cakap ada gps english disediakan.so kami pun tanya balik dengan pekerja tu.dia cakap memang gps korea ja ada.time tu rasa panik sekejap.yalah bukan kami pandai bahasa korea.Tapi syukur lah sebelum datang sana kami ada printout alamat dan no telefon semua tempat yang kami mau pigi.ada juga pekerja tu tunjuk cara guna gps tu tapi dia x berapa fasih english.so kami angguk2 sejalah.

kereta kia morning untuk 2 hari
x boleh laju2 banyak AES

Sebelum mulakan perjalanan kami isi minyak kereta dalam 20,000won full tank dulu.untuk ke tempat yang kami mau pigi,tekan ja nombor telefon tempat tu.jalan di sini sangat banyak lorong sempit.senang salah masuk simpang.memang makan masa juga sebab xtau jalan.mana lagi salah lane sebab di sana driver sebelah kiri.hehe.destinasi pertama kami hari ni ke O’sulloc Tea museum dan innisfree jejuhouse.kedua-dua tempat ni dekat ja.dalam 40minit perjalanan akhirnya sampai di tempat yang dituju.jam menunjukkan 12.40 pm sudah.sangat ramai orang time ni.ngam2 public holiday lagi.tiada bayaran masuk di kedua-dua tempat ni.parking free ja..

wajib posing sini
ladang teh
cantik sini tapi cuaca berkabus
banyak posing di sini.haha
tiba2 baca buku.kahkah

Kami pun singgah cafe sini.wajib try green tea roll cake dan aiskrim.memang sedap!sy yang memang xsuka green tea pun berabis makan.hehe.lepas tu kami pigi di Innisfree jejuhouse.bersebelah ja dengan osulloc tea ni.memang murah barang sini berbanding innisfree di kk.sy xbanyak beli barang di sini.beli minyak wangi harga 10,000won tangerine aroma oil 10,000won ja.total 20,000 won.

dalam cafe
full di dalam.so lepak luar ja
semua sedap.wajib try!
Innisfree Jeju House
ada sesi design sabun sendiri.tapi kami xjoin
tengok-tengok ja
murah sini ni

last2 kena rasuk juga lah sy beli ni untuk ole2.hehe
innisfree dengan ladang teh ni dekat ja..

Jam menunjukkan 4pm.lama juga kami round di sini.kami pun bergerak ke sanbangsan yang terletak xjauh dari sini.sampai di sanbangsan hujan lebat pula.kami xturun pun.gambar pun tiada.so kami decide untuk balik ke guesthouse memandangkan hujan lebat.time on the way balik tu ,limpas pula kebun orange .so kami pun singgah la membeli hallabong.memang sedap dan manis.wajib try!

banyak gerai hallabong boleh jumpa di tepi jalan.ini salah satu ja
ladang hallabong

inilah bentuk hallabong

Sampai di guesthouse jam 6 pm.kami pun parking kereta di public parking yang disediakan.dekat ja dengan guesthouse.parking ni free dari jam 6pm-9am.Plan kami mau pigi di Olle night market tapi sebelum tu kami singgah bilik simpan barang.dari guesthouse kami jalan kaki sebab xjauh juga.akhirnya jumpa juga market yang kami cari.banyak street food sini tapi memang susah mau cari yang halal.ada sy baca seorang blogger,dia bagitau tips kalau berada di mana2 negara yang susah cari makanan halal,makan makanan yang bukan berunsurkan daging.makan sayur atau seafood.so sy pun praktikkan juga tips blogger ni.di sini sy x shopping banyak.jalan-jalan cuci mata ja..

Olle Night Market
sedap inti redbean sini betul2 fresh
yang ni ada jual sikit2 tapi habis.tinggal dalam kotak ni ja
sy lagi suka minum orange dari makan buah.sepanjang di sini entah berapa kali minum ni
strawberry sini pun manis dan xmasam

Selesai round habis , kami pun balik ke guesthouse dan tidur awal sebab banyak lagi tempat kena pergi esok.part 2 bersambung akan datang ya..

Kundasang Trip 2018

Kundasang Trip 2018

Assalamualaikum dan selamat pagi…

Hari ni bangun pagi ja tiba-tiba datang idea mau cerita pasal trip 2 hari 1 malam di Kota Belud dan Kundasang . Seminggu sebelum trip ni kawan sy yang bekerja di Sandakan mesej dia dapat cuti . So , dia bilang bawa dia jalan-jalan di kk . Bah apalagi sy terus cek apps Traveloka dan kebetulan ada promo code . Then sy terus booking penginapan di Nabalu Kundasang . Harga asal Rm 180.50 dan selepas diskaun Rm153.43 . Kira ok la untuk kami patak-patak . Lepas buat pembayaran secara online , sy terus call Nabalu Kundasang untuk confirmkan booking . Walaupun sy ada dapat confirmation email dari traveloka tapi sy call juga . Ada beberapa sebab kenapa sy memilih Nabalu Kundasang . Pertama , lokasi agak strategik iaitu terletak di pekan Kundasang , jalan kaki ja dalam 5 minit sampai di pekan . Lepas tu , ada free breakfast untuk 2 orang jadi x payah fikir mau makan di mana . Ada free wifi , parking yang luas dan bilik selesa sesuai untuk family . Ada bilik yang betul betul menghadap gunung Kinabalu . Tapi ikut bajet masing-masing sebab banyak pilihan homestay di kundasang ni..

Resit dari traveloka

Hari yang dinantikan pun tiba , kami pun bergerak jam 8 pagi tapi sebelum tu singgah breakfast di Fook Yuen Cafe . Lepas ja abis breakfast , perjalanan diteruskan ikut jalan ke Kundasang . Sampai di simpang Kota Belud sebelah kiri tu , masuk ja dan jalan terus sampai jumpa signboard sebelah kanan . Then , masuk simpang dan jalan terus sampai jumpa jambatan besar tapi simpang masuk ke starting point flying fox ni sebelah kanan sebelum jambatan besar tu . Ada signboard juga dan kalau guna waze pun boleh sampai . Lebih kurang jam 11 pagi kami sampai di destinasi pertama iaitu Borneo Bayau Flying Fox di Melangkap Kb . Kebetulan kami datang masa weekday so x ramai orang time ni tapi menurut pekeja di sana sebelum datang lebih baik buat reservation terutama yang datang weekend atau public holiday sebab time tu memang ramai . Yuran yang dikenakan sebanyak RM50 untuk sekali fly . Lepas isi borang dan buat pembayaran , kami pun diberi alat kelengkapan . memang bikin gayat juga sebab di bawah tu view sungai . Actually kalau cuaca bagus dan awal sikit datang memang boleh nampak view gunung Kinabalu , Tapi cuaca agak mendung time ni so tengok view sungai ja la .

Entrance Borneo Bayau Flying Fox

 

Ada borang perlu diisi dan lepas tu buat pembayaran di kaunter ni
Ready to fly
View yang boleh dilihat masa flying fox
Selesai
Sebelum balik ke starting point bergambar sini dulu
Jangan lupa ambil sijil.free ja..

 

Selepas selesai aktiviti flying fox , kami singgah di Polumpung Melangkap View Camp Site untuk ambik gambar . Di sini ada kemudahan untuk camping dan BBQ . Boleh mandi manda juga di sini . Tapi kami sekadar membasahkan kaki sahaja sebab x bawa banyak extra baju .

 

Polumpung Melangkap View Camp Site

view sungai
cantik batu-batu di sini
batu besar

Memandangkan perut sudah kelaparan dan cuaca gerimis pula , kami meneruskan perjalanan ke Kundasang . Sampai saja di Kundasang , kami terus check in di Nabalu Kundasang . Kami buat keputusan untuk makan di restoran Nabalu . Agak sedap juga makanan di sini dan harga pun berpatutan . Kawan sy ni order linopot dan hinava iaitu makanan tradisi Sabah . Memang naik selera terus . Ngam2 lagi kelaparan . hehe..

Bilik kami
Makanan tradisi Sabah iaitu Linopot dan Hinava

Selesai makan , kami pun masuk ke bilik kami untuk berehat sebelum sambung jalan-jalan . Bilik ni masa book di traveloka memang twin bed . So, memang dapat macam dalam booking . Memang selesa bilik ni cuma bilik kami teda view gunung Kinabalu . Bila suda fresh sikit tu mata , kami pun jalan-jalan sekitar pekan . Singgah juga di Mount Kinabalu Heritage and Spa atau dikenali dengan nama perkasa kundasang . Actually , kami mau pigi ambik gambar pokok pine di sini  . Tapi macam x berapa lawa so kami terus p pekan kundasang untuk cari sayap ayam yang sedap dan viral tu . gerai sayap tu terletak di belakang restoran nasi ayam antarabangsa betul2 menghadap kundasang memorial . Malangnya , sayap ayam di sana habis sebab memang ramai pelanggan dorang . kami pun jalan2 juga di gerai lain tapi bukan rezeki kami sebab semua sayap ayam di pekan habis . time ni baru jam 6pm . kami balik ke homestay dengan kekecewaan . Malamnya tu kami makan maggi seja..

Sekitar Mount Kinabalu Heritage and Spa
Pokok pine
Pasar malam Kundasang
Dinner

Keesokkan harinya , kami breakfast di restoran nabalu sebab memang ada free breakfast . Disebabkan semalam makan maggi ja , so sy order nasi lemak . kawan sy pula order makanan ala western . Selepas siap breakfast , kami bergerak ke mesilau . Memang aktiviti hari ni bergambar ja . Mula-mula kami singgah di H Benjamin Resort . Tempat ni memang lawa sebab dekat dengan view gunung Kinabalu . Lepas tu , kami singgah di tepi jalan mesilau sebab jalan ni sangat lawa kalau ootd . hehe.. Then , kami singgah di Desa Cattle pigi makan aiskrim . Bayaran masuk RM5 seorang untuk dewasa dan RM4 untuk knak-kanak . Tempat ni dibuka setiap hari dari 8am-5pm . Agak ramai orang tempat ni , x putus-putus orang datang . sampai parking pun terpaksa park kereta jauh. Lepas puas jalan-jalan sini , kami terus ke homestay dan checkout .sebelum tu sempat juga singgah beli sayap ayam di gerai belakang restoran nasi ayam antarabangsa tapi tedaa ambik gambar sbb nda kesabaran sudah mau makan dari semalam .hehe..

Breakfast sama view Akinabalu
sekitar kawasan H Benjamin resort
H Benjamin resort
Jalan yang cantik di mesilau
Must try gelato desa cattle
Tgk lembu ni ja.lembu sebenar masih dalam kandang..hehe
Wajib bergambar sini

Memang trip kali ni santai saja sekadar mengisi masa lapang yang ada . Inshaallah , next time dalam plan ke luar negara . Tunggu post akan datang ya..

 

Tanjung Aru Beach

Bila ko cek dompet ko yang kusung , kecewa atau keboringan di hujung minggu , bagus ko pigi jalan-jalan saaana Tanjung Aru Beach .

Tanjung Aru Beach 3

Pantai Tanjung Aru yang terletak kira-kira 6km dari bandar Kota Kinabalu memang terkenal dan menjadi salah satu tarikan pelancongan di Sabah . Rata-rata orang sabah memang datang pigi sini semata-mata mau tingu sunset sambil makan jagung rebus , kacang rebus dan jeruk buah-buahan . Walaubagaimanapun, gerai makanan di first beach telah ditutup untuk tujuan pembangunan . Jangan risau..gerai gerai ni dipindahkan ke Tanjung Lipat . Jadi kalau kamurang craving pigi la sana . Kalau nda pun kamurang beli ja jagung sama kacang si inan sana di tamu lepas tu rebus sendiri..

 

So , memandangkan kami ni keboringan time weekend baru baru ni , kami buat keputusan jalan-jalan di Tanjung Aru Beach 3 yang paling hujung . Di kawasan sini ada port untuk tingu kapal terbang berlepas . Oleh sebab jam suda menunjukkan pukul 6.05 pm , kami nda singgah lagi terus ja pigi beach 3 .

Sampai seja di beach 3 dalam jam 6.09 pm , waktu sunset di kk ni dalam 6.28 pm . Boleh cek waktu sunset di https://www.timeanddate.com/sun/malaysia/kota-kinabalu juga sebelum datang sini sebab nanti kecewa pula nda da sunset . Memang ramai betul orang time ni , pelancong pun agak ramai . Ada yang ambik gambar pre wedding , ada yg jogging , memancing , jalan-jalan di pasir dan ada juga yang saturang melayan perasaan di pisuk pisuk . Geng photographer juga suda siap sedia dengan kamera durang menunggu golden hour . Kami pun ambik la peluang juga bergambar di sini..

sambil memancing sambil tingu sunset

Saat dinantikan..