Kundasang , Ranau

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..

Kamurang pernah dengar atau sudah pernah pigi Desa Cattle Dairy Farm,Mesilau Cat Village , Kundasang dan Arnab Village,Ranau kan?tapi untuk yang belum pernah pigi ,jangan risau..post kali ni sy akan cerita pasal ketiga-tiga tempat yang sy sebut ni.kali ni sy pigi sana daytrip saja dan tidak bermalam tapi lagi best kalau bermalam di kundasang.boleh lah feeling sejuk dan menikmati matahari terbit.

Perjalanan dari kk ke kundasang mengambil masa dalam 2 jam setengah dan jalan berbukit bukau.banyak lori besar juga sepanjang jalan.so berhati-hati sepanjang perjalanan ya.seawal jam 7.30 pagi kami bertolak dari rumah.cuaca sangat baik hari ni.dari kk pun boleh nampak view gunung kinabalu.kami singgah breakfast di restoran area taman putera jaya.

Tepat jam 10.30 pagi,kami tiba di destianasi pertama iaitu Desa Cattle Dairy Farm , Kundasang .Tempat ni lah yang orang panggil new zealand sabah tu.Yuran masuk untuk dewasa RM4.70 dan kanak-kanak (7-12 tahun ) RM3.80 (harga masa ni belum ada SST).Tempat ni beroperasi setiap hari dari jam 8am-5pm.Di sini boleh tengok lembu,memberi susu dan makanan dengan lembu dan kambing dan melihat cara pemprosesan susu.selain itu,di sini juga ada susu dan produk tenusu serta aiskrim dijual .kalau lapar boleh lah lunch di restoran yang ada di sini.souvenir pun ada..

kami di sini sekejap saja disebabkan tempat ni sangat ramai orang.sempat ambil video saja.tiada ambil gambar.kebetulan masa ni cuti sekolah.so elakkan pergi ke kundasang semasa musim perayaan dan cuti sekolah.tapi kalau tu saja masa yang ada,apa boleh buat la kan.bertabah sajalah..

Destinasi seterusnya ialah Mesilau Cat Village yang terletak tidak jauh dari desa cattle.boleh google maps juga.Jalan masuk ke cat village ni masih jalan gravel dan berlubang-lubang.Yuran masuk RM5 dan makanan kucing juga ada dijual.Menurut pekerja di sana , kucing yang dipelihara adalah sebanyak 109 ekor.Untuk pencinta kucing,tempat ini sangat sesuai.

mesilou cat village
gigih ambil video kucing
boleh bagi makanan kucing tapi perlu beli masa di kaunter pembayaran
comel kan
bunga hydrangea ka ni..

Kami pun bergerak ke pekan kundasang untuk mencari makan.di sini kami mencuba sayap ayam madu yang viral tu.saya ada mencuba sayap ayam dari 2 gerai yang berbeza.gerai pertama yang saya cuba sangat mengecewakan.ayam yang dibakar belum masak sepenuhnya.mungkin disebabkan pelanggan yang sangat ramai,layanan yang diberikan juga kurang memuaskan.Gerai kedua yang saya pigi ialah gerai yang berdepan dengan war memorial.Memang sedap ayam dan sambal kicap dorang.layanan yang diberikan pun tip top dan sistematik.

gerai sayap ayam madu berdepan war memorial.yang ni sedap..
sayap ayam madu kundasang

Seterusnya,kami bergerak ke arnab village yang terletak di antara jalan kundasang-ranau.masuk ke Jln Kibbas Mohimboyon Kundasang yang terletak di sebelah kanan dan jalan terus sehingga jumpa signboard kg Purakagis Ranau.Jalan sini sudah dinaiktaraf.sebelum ni jalan gravel dan banyak lubang.Yuran masuk untuk pakej arnab,kucing dan hamster ialah RM 10 dan ada peraturan yang perlu dipatuhi.

harga tiket arnab village
peraturan di arnab village
jinak yang ni
senyum sikit..
gelagat pengunjung

hamster

Kami pun bergerak untuk balik ke kk.sempat juga singgah di gerai Pekan Nabalu dan mengambil gambar bersama view gunung kinabalu..

gerai di pekan nabalu
view dari pekan nabalu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *