Spring in South Korea (Part 3)

Spring in South Korea (Part 3)

Hello gais.. Hari ni baru ada kesempatan sambung balik cerita di Korea Selatan..

DAY 4 03/05/2018

Hari ni macam kemarin juga. Seawal jam 7am kami sudah checkout dari guesthouse untuk ke Jeju airport. Perjalanan memakan masa 1 jam lebih. Kami gerak awal untuk hantar semula kereta sewa. Sampai di Tasio rent car, pekerja dorang cek meter minyak. Memandangkan bacaan meter minyak kurang, kami kena bayar 5,000 won.sempat juga ambik gambar sama kereta sewa kami untuk kenangan. Kami meneruskan perjalanan dari Tasio rent car ke airport dengan shuttle bas yang disediakan. Sampai di airport lebih kurang jam 9 pagi. Ini pertama kali sy naik flight Jejuair. Memandangkan ini flight domestic, so urusan mudah saja. Yang bestnya tiket flight jejuair ni termasuk baggage 15kg(tapi bag 1 saja. X boleh lebih) dan bag handcarry 10kg.Penerbangan dari Jeju ke Gimpo airport memakan masa 1 jam.

kaunter Jeju Air di Jeju International Airport
Entah apa maksud ni.hehe
Jeju Air
Jeju island dari Jeju Air

Sampai di Gimpo, kami berjalan kaki ke metro station untuk ke Myeongdong. Di 7 eleven metro station ada jual simkad ktm mobile dengan harga 34,000 won. Untuk kasi aktif ialah secara online.so kami terus naik subway ke myeongdong untuk ke guesthouse.sebelum tu jangan lupa download apps korean metro subway dan korea tour untuk memudahkan perjalanan anda.sampai di myeongdong station,hujan lebat dan angin kuat pula.sejuk nya sampai ke tulang.suhu di seoul dengan di pulau jeju tidak sama.di jeju ada panas sedikit manakala di seoul pula sejuk macam di gunung kinabalu kecuali waktu tengahari agak panas juga.so memandangkan sy tidak tahan sejuk,kami naik teksi untuk ke guesthouse.meter teksi bermula dengan 2800 won.dari myeongdong station ke guesthouse dalam 4400 won.

Sampai di 24 guesthouse,kami disambut dengan sumandak korea yang lawa dan peramah.pandai juga dia cakap ‘terima kasih’.bahasa inggeris macam biasa la cakap main point sahaja tapi masih boleh difahami.so dia pun menerangkan peraturan-peraturan di guesthouse tu.agak banyak juga peraturan di sini.tidak macam guesthouse kami di jeju.katil yang kami booking ialah jenis double decker dan agak sempit juga.kalau mau bersiap terpaksa berganti-ganti.kalau tidak memang boleh berlanggar badan sesama sendiri.bilik mandi juga kecil sahaja.kalau mandi stail macam bersilat memang sandi juga.sy balik2 tersiku dinding.hehe.lepas selesai semua penerangan dari owner,kami pun berehat sementara menunggu hujan reda.sy ambil kesempatan untuk register simkad sy memandangkan wifi di guesthouse ni sangat laju.

24 Gueathouse
Breakfast disediakan di sini
Tempat ambil air dan buat kopi
24 Guesthouse
Bilik kami yang comel.kiri tu bilik air

Dalam jam 4pm begitu,kami pun keluar ke myeongdong market untuk jalan2 cuci mata.syukurlah hujan sudah reda.tapi angin masih sejuk.niat mau cari2 extra jaket tapi agak mahal juga harga di sini.so sy batalkan niat dan beli street food saja.Dalam jam 6 lebih cuaca masih terang lagi so kami terus ke Namsan Tower.

Acah-acah melintas jalan raya macam dalam kdrama.hehe
suasana petang di myeongdong
Myeongdong market
Ramai yang makan ni.sy x try pula.kenyang.hehe
Ini sedap makan time panas
Banyak blogger suggest makan ni

Dari myeongdong ke station cable car dalam setengah jam juga jalan kaki.dan perjalanan bukannya jalan rata.sekejap2 kami berhenti ambil nafas.di sini kami ada lalu namsan guesthouse.nasib x tinggal di guesthouse ni.kalau tidak kena naik turun bukit.hehe.harga cable car station ke namsan tower return 8,500 won.boleh juga jalan kaki tapi kena mendaki lagi.disebabkan kami kurang stamina so kami ambil keputusan untuk naik cable car sahaja.sampaiĀ  di atas ngam2 sunset.sangat cantik pemandangan di kota Seoul ni.

harga tiket return 8500 won
Tunggu turn naik cable car
Dalam cable car
Senja di Seoul..
Namsan Tower
Namsan Tower

Balik ke guesthouse

Di Namsan tower ni kami hanya cuci mata dan ambil gambar.ada restoran dan cafe tapi harga pun boleh tahan juga.memandangkan hari sudah gelap,gambar yang diambil sedikit sahaja.kalau mau ambil gambar banyak kena datang sini waktu siang.selesai round di sini,kami pun turun semula ke bawah dengan cable car dan berjalan kaki semula ke myeongdong market untuk sambung shopping dan cuci mata.nampaknya semakin meriah di sini pada waktu malam.sangat sesak dengan pelancong.dalam jam 10 malam,kami pun balik semula ke 24 guesthouse.selesai mandi,kami pun masing2 melelapkan mata untuk bersedia ke destinasi pada hari esok..