Spring in South Korea (Part 1)

Assalamualaikum …

Entri kali ini sy mau menceritakan pengalaman sy semasa berada di Pulau Jeju , Busan dan Seoul selama 8 hari 7 malam iaitu dari 30/04/18 sehingga 08/05/18.Ini merupakan kali pertama sy ke luar negara dan negara Korea Selatan merupakan destinasi pilihan sy bersama kawan  sy iaitu cik Rachel.kami berdua memilih untul self travel memandangkan ramai blogger yang mencadangkannya.Sebenarnya plan untuk ke korea ini sudah lama tapi disebabkan bajet dan cuti,sy tangguhkan niat untuk ke korea.Tapi ,selepas menonton rancangan 2 days 1 night di mana mereka telah membuat penggambaran di Pulau Jeju bersama pelakon kegemaran sy Han Hyo Joo,terus makin bersemangat mau pigi sana dan pulau jeju dimasukkan ke dalam itinerary kami.

DAY 1 29 & 30/05/2018 JEJU DO

Flight kami dari kk ke jeju jam 9.40 malam . So, masa siang tu lepas ja packing barang , kami terus cek in flight.rupanya masa check in tu baru nampak yang flight kami delay jam 10.10 malam.tiada kena inform melalui mesej atau email pun.hukhuk..Lepas tu kami siap2 beli tiket masuk untuk ke Everland dari apps KLOOK sebab kalau beli online dapat harga lagi murah.tiket everland ni kami beli untuk 6/5/18 dengan harga RM 138.Kalau walk in pula tiket dewasa dalam 54,000 won (lebih kurang rm190).time ni juga kami beli Korail Pass KTX (1 day) dari seoul-busan-seoul untuk 4/5/18 dengan harga RM 249 dan kami ambik pakej tour untuk ke Nami Island & Petite France untuk 5/5/18 dengan harga RM142.harga pakej tour ni termasuk tiket masuk ke nami island & petite france , transport dan tour guide.Kami pilih pakej tour sebab hari sebelum tu kami ke busan.so xtau lagi balik seoul jam berapa.untuk lagi selamat kami ambik pakej ni sebab tour ni ada sediakan bas.so kalau penat x cukup tidur boleh lah tidur dalam bas.hehe..

lepas siap semua , dalam jam 7.30 malam kami gerak dari rumah ke kkia naik grab.selesai urusan semua jam 9 malam.flight kami ni transit ke kl dulu.sampai ja di Klia dalam jam 12.30am, kami check in di Aerotel (Airport Transit Hotel) sebab flight ke jeju pada jam 6.50 pagi. Memang agak mahal sebab harga untuk 3 hour stay+meal RM 217.44 tapi tempat ni memang selesa dan lokasi strategik.sebelum check in tu sempat juga menapau burger king.

Bilik kami di Aerotel

Jam 3.30 pagi kami checkout sudah.time ni rasa mengantuk tahap gaban.time ni memang tiada fikir mau makan sebab fikir pasal flight ja.baru jam 3.30 pagi meriah sudah d klia ni.patut lah kalau international flight kena ada 3 jam awal.lepas selesai urusan semua baru rasa lapar.sempat juga makan dunkin donut sama hot chocolate.makan ringan2 ja sebab dalam flight ke jeju nanti ada makanan.

Sampai saja di Jeju international airport,excited la kami berdua.haha.time ni mencari simkad tapi xjumpa disebabkan komunikasi yang x berkesan.ada juga perkhidmatan sewa wifi portable tapi perlu kad kredit.maka berhuhu la kami.actually ada juga public wifi di jeju ni tapi x semua tempat dapat.Lepas tu kami singgah di GS25 untuk beli T-Money.harga T-money ni 3500 won dan boleh top up terus.kami top up 10000 won sahaja sebab di jeju ni kami sewa kereta.sempat juga merasa susu pisang.memang sedap!

GS25 di jeju airport
T-money harga 3500 won & kena top up
Bas no 181
Gate no 2.di skrin tu ada tunjukkan bas no berapa dan destinasi

Masa di GS25 ni kami terjumpa orang Labuan, sama juga dorang pun berdua.rupanya dorang pun stay di guesthouse yang sama dengan kami.hehe.so kami pun pakat lah naik bas no 181 pigi di Minjoonggak Guesthouse , Seogwipo.Actually kalau baca review dari blogger2 sebelum ni ramai yang sarankan untuk stay di seogwipo iaitu bandar kedua terbesar selepas jeju city sebab seogwipo kurang sibuk berbanding jeju city.jeju city ni terletak di utara manakala seogwipo di selatan.

Dari jeju airport keluar dari gate 2 naik bas no 181.lepas tu turun di Jungang rotary.sampai di jungang rotary ,kami bingung xtau mau jalan arah mana.public wifi pun sangat slow.so kami tanya jalan dengan seorang ahjussi ni.memang di sini rata-rata org korea xpandai cakap english.walaubagaimanapun ahjussi ni dengan gigihnya bawa kami sampai ke pintu depan minjoonggak guesthouse.huhu.terharu juga la dengan kebaikkan ahjussi ni.dari jungang rotary memang xjauh ke minjoonggak guestthouse.dalam 5 minit jalan..

Jalan ke arah guesthouse

Sampai di guesthouse

sampai sini dalam jam 3.30 pm.owner pula tiada di kaunter.dengan kepala yang pening2 menunggu la kami dalam 20 minit baru owner muncul sambil tunduk2 cakap ‘joe-song-ham-ni-da’ yang maksudnya minta maaf.memang dalam review sebelum ni pernah terbaca yang owner selalu tiada di kaunter.betullah tu.hehe.Lepas tu kami check in di bilik no 301 di tingkat 3.untuk pengetahuan anda guesthouse ni tiada lif disediakan.walaupun ini penginapan bajet tapi agak selesa juga.tuala,peti sejuk,hairdryer dan aircond disediakan dalam bilik.kalau mau iron boleh request.di tingkat atas pula ada sediakan microwave,mesin basuh,komputer dengan shoe dryer.air minum pula disediakan di lobby.boleh lah refill air.kira selesa dan harga pun murah.kami tempah dari apps traveloka untuk 4 hari 3 malam.

Memandangkan sy masih pening2,kami berjalan sekitar guesthouse ja.dalam plan mencari Olle night market tapi xjumpa pula.so kami pigi GS25 ja beli makanan.malam tu kami berehat ja dalam bilik.

DAY 2 01/05/2018 JEJU DO

Pagi ni dalam plan bangun awal.tapi terlajak jam 8 baru bangun.di sini awal betul sunrise.jam 5 lebih cerah sudah.lepas ja breakfast kami pun bergegas pigi di pejabat Tasio rent-a-car untuk ambik kereta sewa di bandar jeju.dari jungang rotary naik bas ke halla general hospital.sampai di sana sesat2 lagi cari jalan.sampai di ofis kereta sewa pun jam 11 pagi sudah.actually ada option lain untuk ke ofis kereta sewa ni.boleh ja pigi jeju international airport lepas tu dari sana ada shuttle bas disediakan untuk ke ofis kereta sewa.company kereta sewa ni banyak dan terletak di belakang airport ja sebenarnya.kami pilih company tasio-rent-a-car sebab dorang terima cash korea won.manakala company lain rata2 mau kredit kad.kalau debit kad xpasti pula.ada info dari blogger lain yang debit tidak diterima di sini.tapi boleh ja try tanya.Masa di kaunter tu,dorang minta lesen memandu antarabangsa.yang ini wajib ada.kalau tiada dorang xbagi kita sewa kereta.harga kereta 84,000won untuk 2 hari (1/5/18@9am-3/5/18@9am) .Lepas ja setel urusan pembayaran,kami pun dapat la kereta kia morning seperti yang kami request.kecik ja ni kereta macam viva.sesuai lah untuk kami.hehe.lepas cek kereta semua,baru perasan gps yang disediakan dalam bahasa korea!dalam email dorang cakap ada gps english disediakan.so kami pun tanya balik dengan pekerja tu.dia cakap memang gps korea ja ada.time tu rasa panik sekejap.yalah bukan kami pandai bahasa korea.Tapi syukur lah sebelum datang sana kami ada printout alamat dan no telefon semua tempat yang kami mau pigi.ada juga pekerja tu tunjuk cara guna gps tu tapi dia x berapa fasih english.so kami angguk2 sejalah.

kereta kia morning untuk 2 hari
x boleh laju2 banyak AES

Sebelum mulakan perjalanan kami isi minyak kereta dalam 20,000won full tank dulu.untuk ke tempat yang kami mau pigi,tekan ja nombor telefon tempat tu.jalan di sini sangat banyak lorong sempit.senang salah masuk simpang.memang makan masa juga sebab xtau jalan.mana lagi salah lane sebab di sana driver sebelah kiri.hehe.destinasi pertama kami hari ni ke O’sulloc Tea museum dan innisfree jejuhouse.kedua-dua tempat ni dekat ja.dalam 40minit perjalanan akhirnya sampai di tempat yang dituju.jam menunjukkan 12.40 pm sudah.sangat ramai orang time ni.ngam2 public holiday lagi.tiada bayaran masuk di kedua-dua tempat ni.parking free ja..

wajib posing sini
ladang teh
cantik sini tapi cuaca berkabus
banyak posing di sini.haha
tiba2 baca buku.kahkah

Kami pun singgah cafe sini.wajib try green tea roll cake dan aiskrim.memang sedap!sy yang memang xsuka green tea pun berabis makan.hehe.lepas tu kami pigi di Innisfree jejuhouse.bersebelah ja dengan osulloc tea ni.memang murah barang sini berbanding innisfree di kk.sy xbanyak beli barang di sini.beli minyak wangi harga 10,000won tangerine aroma oil 10,000won ja.total 20,000 won.

dalam cafe
full di dalam.so lepak luar ja
semua sedap.wajib try!
Innisfree Jeju House
ada sesi design sabun sendiri.tapi kami xjoin
tengok-tengok ja
murah sini ni

last2 kena rasuk juga lah sy beli ni untuk ole2.hehe
innisfree dengan ladang teh ni dekat ja..

Jam menunjukkan 4pm.lama juga kami round di sini.kami pun bergerak ke sanbangsan yang terletak xjauh dari sini.sampai di sanbangsan hujan lebat pula.kami xturun pun.gambar pun tiada.so kami decide untuk balik ke guesthouse memandangkan hujan lebat.time on the way balik tu ,limpas pula kebun orange .so kami pun singgah la membeli hallabong.memang sedap dan manis.wajib try!

banyak gerai hallabong boleh jumpa di tepi jalan.ini salah satu ja
ladang hallabong

inilah bentuk hallabong

Sampai di guesthouse jam 6 pm.kami pun parking kereta di public parking yang disediakan.dekat ja dengan guesthouse.parking ni free dari jam 6pm-9am.Plan kami mau pigi di Olle night market tapi sebelum tu kami singgah bilik simpan barang.dari guesthouse kami jalan kaki sebab xjauh juga.akhirnya jumpa juga market yang kami cari.banyak street food sini tapi memang susah mau cari yang halal.ada sy baca seorang blogger,dia bagitau tips kalau berada di mana2 negara yang susah cari makanan halal,makan makanan yang bukan berunsurkan daging.makan sayur atau seafood.so sy pun praktikkan juga tips blogger ni.di sini sy x shopping banyak.jalan-jalan cuci mata ja..

Olle Night Market
sedap inti redbean sini betul2 fresh
yang ni ada jual sikit2 tapi habis.tinggal dalam kotak ni ja
sy lagi suka minum orange dari makan buah.sepanjang di sini entah berapa kali minum ni
strawberry sini pun manis dan xmasam

Selesai round habis , kami pun balik ke guesthouse dan tidur awal sebab banyak lagi tempat kena pergi esok.part 2 bersambung akan datang ya..

One thought on “Spring in South Korea (Part 1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *