Permohonan ke luar negara bagi penjawat awam

Penjawat awam yang hendak melancong ke luar negara harus membuat permohonan perjalanan ke luar negara atas urusan persendirian sebelum melancong . Permohonan ini perlu dibuat dalam masa dua bulan sebelum tarikh ke luar negara . Antara kebaikkan yang anda dapat jika membuat permohonan ke luar negara ialah anda akan memperoleh insurans kesihatan yang ditanggung oleh kerajaan Malaysia . Tapi ini untuk setahun sekali saja ya dan tempoh perjalanan tidak melebihi 30 hari . Jika anda ke luar negara untuk kali kedua ,ketiga dan seterusnya pada tahun yang sama , anda tidak akan ditanggung oleh kerajaan lagi . Boleh baca pekeliling di sini  http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2015/pp062015.pdf

Pada entri kali ini saya akan menunjukkan cara mengisi borang permohonan ke luar negara bagi penjawat awam secara online . Pertama sekali , layari laman web http://myarrehlah.my/  dan klik pada e-Lampiran A .

Kemudian , selesai melihat pada Fungsi Tambahan , klik ‘ x’ .

Anda dapat lihat terdapat buti-butir diri pegawai , butir lawatan dan butir diri waris . Isikan kesemua petak kosong .

Selepas mengisi kesemua butir-butir berikut , klik JANA seperti dalam gambar di bawah .

Kemudian , klik pada butang ‘OK’ .

Selepas itu , paparan Isian Auto akan keluar . kod akan dihantar ke email yang anda berikan dalam borang tadi dan Masukkan kod yang dihantar melalui email tersebut . Kemudian anda boleh memilih  ‘Tiada Kod’ atau ‘Kod Peribadi’. Kod peribadi ini ialah password untuk anda log in pada masa akan datang . Jika memilih tiada kod , anda akan diberikan kod melalui email setiap kali anda log in . Seterusnya , klik butang ‘OK’ .

 

Kemudian , anda akan lihat paparan ini dalam bentuk PDF .. Ada 6 muka surat ya…

m/s 1 ada logo kerajaan Malaysia

 

m/s 2 Pastikan ejaan dalam borang betul

 

m/s 3 Petak yang kosong abaikan

 

m/s 4 Taipkan maklumat anda di petak yang dibulatkan

 

m/s 5 Taipkan maklumat anda di petak yang dibulatkan

 

m/s 6 Biarkan sahaja kesemua petak kosong . Kemudian klik butang ‘PRINT’

Baiklah , selesai sudah step untuk mengisi borang ini . Pastikan anda kepil borang ini bersama dengan borang cuti anda yang telah diluluskan di HRMIS ya (print melalui HRMIS) . Semoga perjalanan anda ke luar negara berjalan dengan lancar dan selamat pulang ke tanah air..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *